Program 'Chicky Goes To School' antara yang mengisi slot Penutup Minggu Pusat Sumber dan Sambutan Hari Kanak-Kanak SK2TBA 2010 |
Kemuncak Penutup Minggu Pusat Sumber dan Sambutan Hari Kanak-kanak berlangsung pada 13/10/2010 dengan suasana yang teramat meriah dengan pengisian yang begitu terancang dan komitmen terbaik yang diberikan oleh guru-guru dan penglibatan murid yang begitu memberangsangkan. Jika dilihat dari permulaan perancangan sehingga ke kemuncaknya kedapatan acara dan aktiviti yang terarah kepada penglibatan semua murid tahap satu dan dua dengan memusatkan ke arah semua bidang termasuk akademik, bakat dan wibawa murid. Impaknya, kecenderungan tersebut mempraktikan pembelajaran berpusatkan murid yang dioptimumkan di samping penambahbaikan spontan yang diterjemahkan oleh kalangan guru dalam memberi input terbaik kepada murid. Program dan sambutan ini sejak dari awal lagi bukanlah terarah kepada pelengkap takwim sekolah semata-mata tetapi sarat dengan kepelbagaian tambah nilai untuk diri murid dengan menggabung jalinkan antara aktiviti yang melibatkan mental dan fizikal dengan menerapkan pemikiran kreatif dalam kotak pemikiran murid dan meniupkan semangat juang jika melibatkan aktiviti fizikal. Secara keseluruhannya, penglibatan dan komitmen yang diberikan oleh semua warga sekolah menjadikan program yang pada mulanya dilihat sebagai pelengkap semata-mata berlaku sebaliknya apabila ia dilihat antara program yang amat berjaya yang pernah dianjurkan sebelum ini. Syabas dan tahniah Warga SK2TBA.
salam. terima kasih kepada semua guru yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung yang menjayakan majlisp penutup minggu pusat sumber dan sambutan hari kanak-kanak. tanpa kerjasama anda semua, majlis tersebut tidak mungkin dapat dilaksanakan dengan jayanya. terima kasih semua!
ReplyDelete