|
Backdrop sambutan hari guru 2012 |
Tanggal 16 Mei merupakan hari yang penuh bermakna bagi
setiap insan yang bergelar guru. Pada
hari inilah jasa guru dikenang. Hari guru disambut pada 16 Mei 2012 di
peringkat kebangsaan. Justeru, SK2TBA
juga telah mengadakan sambutan yang sama walaupun dalam suasana peperiksaan.
|
Barisan pentadbir dan guru SK Tengku Bendahara Azman 2 |
|
"Untukmu Guru" - kad dari semua murid SK Tengku Bendahara Azman 2 |
Sambutan
bermula apabila semua guru diarak dari pintu pagar sekolah masuk ke dalam dewan
diiringi paluan kompang oleh murid-murid TBA2. Sebaik sahaja mengambil tempat,
majlis bermula dengan bacaan doa yang diketuai oleh En. Mohd Nazri Sahmad.
Diikuti dengan ucapan Hj. Mohsin bin Mohd Amin, Guru Besar SK (2) Tengku
Bendahara Azman, seterusnya perutusan oleh KPPM yang dibacakan oleh En. Tan Eng
Moo, Guru Penolong Kanan Ko-Kurikulum.
|
Perarakan guru diiringi paluan kompang. |
Majlis
diteruskan dengan bacaan ikrar semua guru yang diketuai oleh En. Mohamad Kamal
bin Ismail diikuti dengan nyanyian ‘Guru Malaysia’. ‘Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi
Negara’. Begitulah tema hari guru yang telah dipilih untuk tahun 2012.
|
Ikrar Guru yang diketuai oleh En. Mohamad Kamal |
Pelbagai
aktiviti menarik telah dijalankan sepanjang hari tersebut. Antaranya sukaneka
antara kumpulan. Setiap kumpulan berentap dengan sengit untuk menyandang
gelaran johan bagi setiap acara yang telah dipertandingkan antaranya:-
|
Kumpulan 4 sedang menyusun strategi untuk menang! |
|
Women Power! - Ahli kumpulan 2 tekun mengasingkan kacang (buat pengelasan lah ni) |
- kupas epal tanpa putus kulitnya
Pendek kata, penyertaan semua
guru sangat memberangsangkan. Disamping itu, dengan penganjuran aktiviti ini
dapatlah sedikit sebanyak mengurangkan stress atau tekanan kerja ada pada
guru-guru.
SELAMAT HARI GURU BUAT SEMUA GURU DI MALAYSIA
No comments:
Post a Comment