'DEMI ANAK BANGSA BERMINDA KELAS PERTAMA'









Monday, May 28, 2012

SAMBUTAN HARI GURU 2012 MERIAH


Backdrop sambutan hari guru 2012

Tanggal 16 Mei merupakan hari yang penuh bermakna bagi setiap insan yang bergelar guru.  Pada hari inilah jasa guru dikenang. Hari guru disambut pada 16 Mei 2012 di peringkat kebangsaan. Justeru,  SK2TBA juga telah mengadakan sambutan yang sama walaupun dalam suasana peperiksaan.
Barisan pentadbir dan guru SK Tengku Bendahara Azman 2


"Untukmu Guru" - kad dari semua murid SK Tengku Bendahara Azman 2

                Sambutan bermula apabila semua guru diarak dari pintu pagar sekolah masuk ke dalam dewan diiringi paluan kompang oleh murid-murid TBA2. Sebaik sahaja mengambil tempat, majlis bermula dengan bacaan doa yang diketuai oleh En. Mohd Nazri Sahmad. Diikuti dengan ucapan Hj. Mohsin bin Mohd Amin, Guru Besar SK (2) Tengku Bendahara Azman, seterusnya perutusan oleh KPPM yang dibacakan oleh En. Tan Eng Moo, Guru Penolong Kanan Ko-Kurikulum.
Perarakan guru diiringi paluan kompang.

                Majlis diteruskan dengan bacaan ikrar semua guru yang diketuai oleh En. Mohamad Kamal bin Ismail diikuti dengan nyanyian ‘Guru Malaysia’.  ‘Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Negara’. Begitulah tema hari guru yang telah dipilih untuk tahun 2012.

Ikrar Guru yang diketuai oleh En. Mohamad Kamal

                Pelbagai aktiviti menarik telah dijalankan sepanjang hari tersebut. Antaranya sukaneka antara kumpulan. Setiap kumpulan berentap dengan sengit untuk menyandang gelaran johan bagi setiap acara yang telah dipertandingkan antaranya:-
Kumpulan 4 sedang menyusun strategi untuk menang!
  •   bowling kelapa
  •  sambung straw
Women Power! - Ahli kumpulan 2 tekun mengasingkan kacang (buat pengelasan lah ni)
  • kupas epal tanpa putus kulitnya
  •  makan roti
  • asingkan kacang
Pendek kata, penyertaan semua guru sangat memberangsangkan. Disamping itu, dengan penganjuran aktiviti ini dapatlah sedikit sebanyak mengurangkan stress atau tekanan kerja ada pada guru-guru. 


SELAMAT HARI GURU BUAT SEMUA GURU DI MALAYSIA

KEM KEPIMPINAN DAN PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM SEKOLAH KEBANGSAAN (2) TENGKU BENDAHARA AZMAN TAHUN 2012


Pada  4, 5 dan 6 Mei 2012 , Sekolah Kebangsaan (2) Tengku Bendahara Azman telah mengadakan aktiviti Kem Kepimpinan dan Perkhemahan Unit Beruniform tahun 2012 di Kompleks Rakan Muda, Sementa Klang Selangor . Majlis telah dirasmikan oleh Tuan Guru Besar , En Mohsin B. Mohd Amin. Seramai 50 orang ahli unit beruniform dan dua guru pengiring telah mengikuti perkhemahan dengan menaiki bas  yang disewakhas. Guru –guru yang lain  pula bertolak dengan menaiki kereta sendiri. Rombongan perkhemahan telah bertolak pada pukul 3:30 petang dan tiba satu jam kemudian. 

Murid-murid dan guru menaiki bas ke Kompleks Rakan Muda Sementa, Klang
 
            Rasional penganjuran kem ini adalah untuk mendedahkan para ahli badan beruniform kepada aktiviti–aktiviti perkhemahan dan ikhtiar diri. Matlamat kem ini diadakan adalah untuk membentuk ahli unit beruniform  yang bertanggungjawab, berdisiplin dan mempunyai jati diri  yang kukuh pada setiap masa. 

Pertandingan Kawad Kaki antara Unit Beruniform telah dimenangi oleh unit BSMM

           Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang kem kepimpinan dan perkhemahan badan beruniform ini ialah :-
  • Ceramah Motivasi dan Kepimpinan
  • Solat Berjemaah
  • Pertandingan Kawad Kaki
  • Pertandingan Memasak Cucur Bilis
  • Membaca Kompas
  • Operasi Burung Hantu
  • Malam Kebudayaan
  • Pertandingan Ikatan

Anggota Pergerakan Puteri Islam sedang tekun memasak

Aktiviti Membaca Kompas
Kerjasama dan sambutan daripada guru-guru dan peserta amat menggalakkan. Diharap agar kerjasama ini dapat diteruskan lagi bagi menjayakan semua aktiviti yang telah dirancang ke arah kecemerlangan anak bangsa kita.


Malam Kebudayaan - Tarian Sumazau oleh BSMM


Tarian Joget oleh Pengakap Kanak-Kanak 08
Tarian Masyarakat India 0leh Pandu Puteri Tunas
Tarian Kipas oleh TKRS
Wajah-wajah ceria barisan peserta kem kepimpinan dan perkhemahan serta guru-guru

TAHUN BARU 2012 SESI PERSEKOLAHAN BARU

Pada 4 Jan 2012, SK2TBA telah mengadakan Majlis Perjumpaan Ibu Bapa Penjaga serta Hari Orientasi Murid-Murid Tahun 1 2012. Sesi Orientasi ini telah dikendalikan oleh Pn. Maheran (Guru Kelas 1 Arif) dan Pn. Salena (Guru Kelas 1 Bijak). Kedua-dua guru ini juga telah dibantu oleh beberapa orang guru lain.
           Sepanjang hari tersebut, murid-murid didedahkan dengan persekitaran sekolah dan tempat-tempat yang akan digunakan sepanjang sesi pembelajaran nanti.


           Manakala, para ibu bapa penjaga pula diberi taklimat mengenai undang-undang serta peraturan sekolah serta sistem pembelajaran yang digunapakai di sekolah ini. Sesi taklimat ini dikendalikan oleh Pn. Noor Hidayu selaku pengerusi majlis. Pn. Suraya bt Ghazali memberi pendedahan tentang kurikulum sekolah manakala Tuan Haji Mohsin bin Mohd Amin, Guru Besar baru yang menggantikan En. Mohd Yunus b. Muhd Yusak mengendalikan sesi soal jawab.

Agihan Duit Raya ( Sekitar Program Khatam al-Quran)