Mesyuarat Guru SK2TBA berlangsung pada 30 Disember 2011 dalam suasana santai di Bilik Makmal Sains bangunan baru. Mesyuarat dipengerusikan oleh Guru Besar, Encik Mohd Yunus bin Muhd Yusak yang menyentuh perihal berkaitan pengurusan sekolah sesi 2011 dan mengharapkan kelangsungan kejayaan dikecapi sekolah pada tahun lepas berterusan dan bertambah baik dalam segenap bidang.
|
Sebahagian pentadbir yang memudahcara perlaksanaan dan pengurusan sekolah dengan berkesan |
Selain itu, Puan Arbaiyah (PK HEM) dan Encik Tan Eng Moo (PK KOKU) memberi penerangan berkaitan bahagian masing-masing dalam memahamkan guru-guru terhadap tanggungjawab yang perlu dilaksanakan dengan pembahagian kerja yang telah disiap siaga untuk tahun 2011.
|
Puan Azina memperkatakan sesuatu berkaitan penggubalan jadual waktu induk sekolah. |
|
Beri perhatian terhadap penjelasan dan makluman. |
Dalam waktu yang sama telah berlangsung orientasi murid tahun satu, dengan sedikit taklimat diberikan kepada ibu bapa murid disusuli dengan pengumpulan data murid dan orientasi ringkas antara murid tahun satu dengan guru yang terlibat khususnya guru tahun satu yang diamanahkan untuk tanggungjawab tersebut.
|
Cikgu Salena menggunakan pengalaman dan kepakarannya mengorientasi murid tahun satu. |
|
Sebahagian ibu bapa khusyuk mendengar taklimat yang diberikan. |
No comments:
Post a Comment