'DEMI ANAK BANGSA BERMINDA KELAS PERTAMA'









Friday, October 28, 2011

MERENTAS DESA 2011

Tanggal 19 Januari 2011, tepat pukul 8.00 pagi, murid-murid tahun 4 hingga 6 telah berkumpul di gelanggang bola tampar sekolah, sebagai tanda bersedia untuk mengambil bahagian dalam acara merentas desa peringkat sekolah.
Acara merentas desa pada tahun ini dibahagikan kepada 6 kategori:-
  • Lelaki Tahun 4
  • Perempuan Tahun 4
  • Lelaki Tahun 5
  • Perempuan Tahun 5
  • Lelaki Tahun 6
  • Perempuan Tahun 6

Semua peserta dikehendaki menamatkan larian berpandukan trek yang telah disediakan. Trek sepanjang 2.5 KM turut menguji daya tahan kardiavaskular serta stamina murid-murid yang mengambil bahagian.




Wednesday, May 18, 2011

Kursus Kepimpinan Kokurikulum 2011

Pendaftaran peserta

Kursus Kepimpinan Kokurikulum telah dapat dilaksanakan dengan jayanya ada 13 April 2011. Kursus kepimpinan pada kali ini telah disertai oleh 63 orang murid terdiri murid-murid tahun 4, 5 dan 6 yang merupakan ahli jawatankuasa unit kokurikulum.
Tujuan menganjurkan kursus kepimpinan ini adalah untuk mendedahkan murid kepada pengurusan dan pengelolaan pelbagai aktiviti kokurikulum disamping melahirkan murid yang berkebolehan memimpin secara cekap dan bertanggungjawab terhadap semua tugasan yang telah diamanahkan.
            Pada akhir kursus ini diharapkan agar dapat memupuk semangat berdikari di kalangan murid selain mewujudkan integrasi kaum dan melahirkan murid yang mempunyai disiplin diri yang kental.
Ceramah 1 "Saya Seorang Pemimpin"
Ceramah 3 oleh Pn. Hasniza
Antara pengisian kursus ini ialah murid didedahkan dengan kaedah bagaimana untuk menjadi pemimpin menerusi slot ceramah 1 yang dikendalikan oleh Puan Nor Azina binti Sabu. Kemudian, murid didedahkan dengan pengurusan dan pengelolaan aktiviti kokurikulum menerusi slot ceramah 2 yang disampaikan oleh Puan Arizaini binti Abdullah. Slot Ceramah 3 pula dikendalikan oleh Puan Hasniza binti Abu Hassan dengan tajuk ceramah ‘Perancangan Kewangan”. 
Kursus ini bermula dengan pendaftaran murid pada pukul 7.30 pagi diikuti dengan ucapan Penolong Kanan KoKurikulum, En. Tan Eng Moo pada pukul 7.50 pagi. Majlis kemudian diteruskan dengan Ceramah 1 yang bertajuk ‘Saya Seorang Pemimpin’ oleh Puan Nor Azina Bt Sabu dan Ceramah 2 oleh Puan Arizaini bt Abdullah. Ceramah 3 pula disampaikan oleh Puan Hasniza bt Abu Hassan sejurus selepas rehat. Majlis bersurai pada pukul 10.30 pagi.

Saturday, February 26, 2011

MERENTAS DESA 2011


Guru-guru sedang mendengar taklimat oleh En. Tan Eng Moo
Tanggal 19 Januari 2011, tepat pukul 8.00 pagi, murid-murid tahun 4 hingga 6 telah berkumpul di gelanggang bola tampar sekolah, sebagai tanda bersedia untuk mengambil bahagian dalam acara merentas desa peringkat sekolah.
Acara merentas desa pada tahun ini dibahagikan kepada 6 kategori:-
  • Lelaki Tahun 4
  • Perempuan Tahun 4
  • Lelaki Tahun 5
  • Perempuan Tahun 5
  • Lelaki Tahun 6
  • Perempuan Tahun 6


Antara AJK PIBG yang hadir
Semua peserta dikehendaki menamatkan larian berpandukan trek yang telah disediakan. Trek sepanjang 2.5 KM turut menguji daya tahan kardiavaskular serta stamina murid-murid yang mengambil bahagian.

Pasukan Rumah Merah







Sedia untuk dilepaskan
Secara keseluruhan, Kejohanan Merentas Desa pada tahun 2011 telah dapat dilaksanakan dengan lancar. Terima kasih kepada semua guru serta AJK PIBG yang membantu menjayakan kejohanan merentas desa pada kali ini. Tidak lupa, ucapan jutaan terima kasih dirakamkan kepada pihak polis trafik kerana membantu mengawal trafik sepanjang kejohanan ini berlangsung.

kepenatan.....

Antara barisan terakhir ...



barisan  pemenang yang bakal mewakili sekolah bagi kejohanan merentas desa 2011

Tuesday, January 4, 2011

FIRST DAY...................................OH! MY SCHOOL.......YEAAAAAAAAAAAH

Perhimpunan sulung.......................................................

Bariiiiiiiiiiiis sedia...................................

Murid tahap 2 turut serta dalam perhimpunan...........

Bersemangat.....................

Betul ker cikgu....................adakah itu difikirkan murid ini?

Murid tahun satu berada dalam barisan....................

Kami sudah berada di alam persekolahan

Panjang lagi ker amanat ni.............................................
Puan Anira memperkatakan sesuatu selaku guru bertugas untuk minggu pertama 2011.

Faiz iaitu salah seorang murid tahun satu.........................

Ustaz sediakan teks ucapan.....

Beri perhatian.................................

MESYUARAT GURU 2011 & ORIENTASI MURID TAHUN SATU

Mesyuarat Guru SK2TBA berlangsung pada 30 Disember 2011 dalam suasana santai di Bilik Makmal Sains bangunan baru. Mesyuarat dipengerusikan oleh Guru Besar, Encik Mohd Yunus bin Muhd Yusak yang menyentuh perihal berkaitan pengurusan sekolah sesi 2011 dan mengharapkan kelangsungan kejayaan dikecapi sekolah pada tahun lepas berterusan dan bertambah baik dalam segenap bidang.
Sebahagian pentadbir yang memudahcara perlaksanaan dan pengurusan sekolah dengan berkesan
Selain itu, Puan Arbaiyah (PK HEM) dan Encik Tan Eng Moo (PK KOKU) memberi penerangan berkaitan bahagian masing-masing dalam memahamkan guru-guru terhadap tanggungjawab yang perlu dilaksanakan dengan pembahagian kerja yang telah disiap siaga untuk tahun 2011.

Puan Azina memperkatakan sesuatu berkaitan penggubalan jadual waktu induk sekolah.

Beri perhatian terhadap penjelasan dan makluman.

Dalam waktu yang sama telah berlangsung orientasi murid tahun satu, dengan sedikit taklimat diberikan kepada ibu bapa murid disusuli dengan pengumpulan data murid dan orientasi ringkas antara murid tahun satu dengan guru yang terlibat khususnya guru tahun satu yang diamanahkan untuk tanggungjawab tersebut.
Cikgu Salena menggunakan pengalaman dan kepakarannya mengorientasi murid tahun satu.

Sebahagian ibu bapa khusyuk mendengar taklimat yang diberikan.

Agihan Duit Raya ( Sekitar Program Khatam al-Quran)