'DEMI ANAK BANGSA BERMINDA KELAS PERTAMA'









Monday, May 28, 2012

SAMBUTAN HARI GURU 2012 MERIAH


Backdrop sambutan hari guru 2012

Tanggal 16 Mei merupakan hari yang penuh bermakna bagi setiap insan yang bergelar guru.  Pada hari inilah jasa guru dikenang. Hari guru disambut pada 16 Mei 2012 di peringkat kebangsaan. Justeru,  SK2TBA juga telah mengadakan sambutan yang sama walaupun dalam suasana peperiksaan.
Barisan pentadbir dan guru SK Tengku Bendahara Azman 2


"Untukmu Guru" - kad dari semua murid SK Tengku Bendahara Azman 2

                Sambutan bermula apabila semua guru diarak dari pintu pagar sekolah masuk ke dalam dewan diiringi paluan kompang oleh murid-murid TBA2. Sebaik sahaja mengambil tempat, majlis bermula dengan bacaan doa yang diketuai oleh En. Mohd Nazri Sahmad. Diikuti dengan ucapan Hj. Mohsin bin Mohd Amin, Guru Besar SK (2) Tengku Bendahara Azman, seterusnya perutusan oleh KPPM yang dibacakan oleh En. Tan Eng Moo, Guru Penolong Kanan Ko-Kurikulum.
Perarakan guru diiringi paluan kompang.

                Majlis diteruskan dengan bacaan ikrar semua guru yang diketuai oleh En. Mohamad Kamal bin Ismail diikuti dengan nyanyian ‘Guru Malaysia’.  ‘Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Negara’. Begitulah tema hari guru yang telah dipilih untuk tahun 2012.

Ikrar Guru yang diketuai oleh En. Mohamad Kamal

                Pelbagai aktiviti menarik telah dijalankan sepanjang hari tersebut. Antaranya sukaneka antara kumpulan. Setiap kumpulan berentap dengan sengit untuk menyandang gelaran johan bagi setiap acara yang telah dipertandingkan antaranya:-
Kumpulan 4 sedang menyusun strategi untuk menang!
  •   bowling kelapa
  •  sambung straw
Women Power! - Ahli kumpulan 2 tekun mengasingkan kacang (buat pengelasan lah ni)
  • kupas epal tanpa putus kulitnya
  •  makan roti
  • asingkan kacang
Pendek kata, penyertaan semua guru sangat memberangsangkan. Disamping itu, dengan penganjuran aktiviti ini dapatlah sedikit sebanyak mengurangkan stress atau tekanan kerja ada pada guru-guru. 


SELAMAT HARI GURU BUAT SEMUA GURU DI MALAYSIA

KEM KEPIMPINAN DAN PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM SEKOLAH KEBANGSAAN (2) TENGKU BENDAHARA AZMAN TAHUN 2012


Pada  4, 5 dan 6 Mei 2012 , Sekolah Kebangsaan (2) Tengku Bendahara Azman telah mengadakan aktiviti Kem Kepimpinan dan Perkhemahan Unit Beruniform tahun 2012 di Kompleks Rakan Muda, Sementa Klang Selangor . Majlis telah dirasmikan oleh Tuan Guru Besar , En Mohsin B. Mohd Amin. Seramai 50 orang ahli unit beruniform dan dua guru pengiring telah mengikuti perkhemahan dengan menaiki bas  yang disewakhas. Guru –guru yang lain  pula bertolak dengan menaiki kereta sendiri. Rombongan perkhemahan telah bertolak pada pukul 3:30 petang dan tiba satu jam kemudian. 

Murid-murid dan guru menaiki bas ke Kompleks Rakan Muda Sementa, Klang
 
            Rasional penganjuran kem ini adalah untuk mendedahkan para ahli badan beruniform kepada aktiviti–aktiviti perkhemahan dan ikhtiar diri. Matlamat kem ini diadakan adalah untuk membentuk ahli unit beruniform  yang bertanggungjawab, berdisiplin dan mempunyai jati diri  yang kukuh pada setiap masa. 

Pertandingan Kawad Kaki antara Unit Beruniform telah dimenangi oleh unit BSMM

           Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang kem kepimpinan dan perkhemahan badan beruniform ini ialah :-
  • Ceramah Motivasi dan Kepimpinan
  • Solat Berjemaah
  • Pertandingan Kawad Kaki
  • Pertandingan Memasak Cucur Bilis
  • Membaca Kompas
  • Operasi Burung Hantu
  • Malam Kebudayaan
  • Pertandingan Ikatan

Anggota Pergerakan Puteri Islam sedang tekun memasak

Aktiviti Membaca Kompas
Kerjasama dan sambutan daripada guru-guru dan peserta amat menggalakkan. Diharap agar kerjasama ini dapat diteruskan lagi bagi menjayakan semua aktiviti yang telah dirancang ke arah kecemerlangan anak bangsa kita.


Malam Kebudayaan - Tarian Sumazau oleh BSMM


Tarian Joget oleh Pengakap Kanak-Kanak 08
Tarian Masyarakat India 0leh Pandu Puteri Tunas
Tarian Kipas oleh TKRS
Wajah-wajah ceria barisan peserta kem kepimpinan dan perkhemahan serta guru-guru

TAHUN BARU 2012 SESI PERSEKOLAHAN BARU

Pada 4 Jan 2012, SK2TBA telah mengadakan Majlis Perjumpaan Ibu Bapa Penjaga serta Hari Orientasi Murid-Murid Tahun 1 2012. Sesi Orientasi ini telah dikendalikan oleh Pn. Maheran (Guru Kelas 1 Arif) dan Pn. Salena (Guru Kelas 1 Bijak). Kedua-dua guru ini juga telah dibantu oleh beberapa orang guru lain.
           Sepanjang hari tersebut, murid-murid didedahkan dengan persekitaran sekolah dan tempat-tempat yang akan digunakan sepanjang sesi pembelajaran nanti.


           Manakala, para ibu bapa penjaga pula diberi taklimat mengenai undang-undang serta peraturan sekolah serta sistem pembelajaran yang digunapakai di sekolah ini. Sesi taklimat ini dikendalikan oleh Pn. Noor Hidayu selaku pengerusi majlis. Pn. Suraya bt Ghazali memberi pendedahan tentang kurikulum sekolah manakala Tuan Haji Mohsin bin Mohd Amin, Guru Besar baru yang menggantikan En. Mohd Yunus b. Muhd Yusak mengendalikan sesi soal jawab.

Sunday, January 15, 2012

UPSR 2011

Tanggal 17 November 2011, telah diumumkan keputusan UPSR 2011. Seramai 2 orang murid iaitu Felicia Edward John dan Koh Man Yee telah memperoleh keputusan semua A dalam semua mata pelajaran yang diambil, sementara Mohamad Syakir, Nur Amira dan Muhammad Azim masin-masing berjaya memperoleh 4A dan 1B dalam peperiksaan UPSR baru-baru ini.
       Sk 2 TBA telah mencatatkan penurunan dalam peratus lulus kelulusan iaitu daripada 76.4% pada 2010 kepada 71.1% pada 2011. 
         Berikut adalah % pencapaian keseluruhan mengikut mata pelajaran:-
       Bahasa Malaysia (Pemahaman) : 86.4%
       Bahasa Malaysia (Penulisan)     : 86.4%
       Bahasa Inggeris                       : 84.4%
       Matematik                               : 93.2%
       Sains                                      : 80.0%

      Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua murid Tahun 6 2011. Semoga kejayaan pada kali ini menjadi pemangkin ke arah kecemerlangan akan datang.

Monday, January 9, 2012

HARI PENUTUP MINGGU PUSAT SUMBER DAN SAMBUTAN HARI KANAK-KANAK


Sambutan Hari Kanak-Kanak 2011 telah berjaya dijalankan pada 4 November 2011 bersama Majlis Penutupan Minggu Pusat Sumber di dewan Sekolah Kebangsaan (dua) Tengku Bendahara Azman bermula pada pukul 2.30 petang dan berakhir pada pukul 6.30 petang.

Pelbagai aktiviti telah dijalankan sepanjang Minggu Pusat Sumber mengikut panitia seperti Panitia Kajian Tempatan, Kemahiran Hidup, Sivik Kewarganegaraan serta Panitia Muzik. Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang minggu tersebut ialah Bercerita, Story Telling, Membuat buku skrap tumbuh-tumbuhan, Busana Tradisional daripada akhbar dan tidak ketinggalan pertandingan Bintang Kecil.  
Pada sambutan hari kanak-kanak tersebut, diadakan juga pertandingan pakaian beragam yang telah disertai oleh 17 orang murid daripada Tahun 1 hingga 6. Pertandingan tersebut telah dihakimi oleh Pn. Aleena Abdullah yang telah memilih enam peserta terbaik dan layak untuk menerima hadiah.
Guru Besar sedang menyampaikan lagu..




Barisan peserta yang menyertai pertandingan pakaian tradisional

Selain itu, murid-murid turut dihiburkan dengan tarian tradisional masyarakat india yang telah dipersembahkan oleh lima orang murid Tahun Enam. Kesemua murid memakai pakaian Lenga ketika mempersembahkan tarian tersebut.

Friday, October 28, 2011

MERENTAS DESA 2011

Tanggal 19 Januari 2011, tepat pukul 8.00 pagi, murid-murid tahun 4 hingga 6 telah berkumpul di gelanggang bola tampar sekolah, sebagai tanda bersedia untuk mengambil bahagian dalam acara merentas desa peringkat sekolah.
Acara merentas desa pada tahun ini dibahagikan kepada 6 kategori:-
  • Lelaki Tahun 4
  • Perempuan Tahun 4
  • Lelaki Tahun 5
  • Perempuan Tahun 5
  • Lelaki Tahun 6
  • Perempuan Tahun 6

Semua peserta dikehendaki menamatkan larian berpandukan trek yang telah disediakan. Trek sepanjang 2.5 KM turut menguji daya tahan kardiavaskular serta stamina murid-murid yang mengambil bahagian.




Wednesday, May 18, 2011

Kursus Kepimpinan Kokurikulum 2011

Pendaftaran peserta

Kursus Kepimpinan Kokurikulum telah dapat dilaksanakan dengan jayanya ada 13 April 2011. Kursus kepimpinan pada kali ini telah disertai oleh 63 orang murid terdiri murid-murid tahun 4, 5 dan 6 yang merupakan ahli jawatankuasa unit kokurikulum.
Tujuan menganjurkan kursus kepimpinan ini adalah untuk mendedahkan murid kepada pengurusan dan pengelolaan pelbagai aktiviti kokurikulum disamping melahirkan murid yang berkebolehan memimpin secara cekap dan bertanggungjawab terhadap semua tugasan yang telah diamanahkan.
            Pada akhir kursus ini diharapkan agar dapat memupuk semangat berdikari di kalangan murid selain mewujudkan integrasi kaum dan melahirkan murid yang mempunyai disiplin diri yang kental.
Ceramah 1 "Saya Seorang Pemimpin"
Ceramah 3 oleh Pn. Hasniza
Antara pengisian kursus ini ialah murid didedahkan dengan kaedah bagaimana untuk menjadi pemimpin menerusi slot ceramah 1 yang dikendalikan oleh Puan Nor Azina binti Sabu. Kemudian, murid didedahkan dengan pengurusan dan pengelolaan aktiviti kokurikulum menerusi slot ceramah 2 yang disampaikan oleh Puan Arizaini binti Abdullah. Slot Ceramah 3 pula dikendalikan oleh Puan Hasniza binti Abu Hassan dengan tajuk ceramah ‘Perancangan Kewangan”. 
Kursus ini bermula dengan pendaftaran murid pada pukul 7.30 pagi diikuti dengan ucapan Penolong Kanan KoKurikulum, En. Tan Eng Moo pada pukul 7.50 pagi. Majlis kemudian diteruskan dengan Ceramah 1 yang bertajuk ‘Saya Seorang Pemimpin’ oleh Puan Nor Azina Bt Sabu dan Ceramah 2 oleh Puan Arizaini bt Abdullah. Ceramah 3 pula disampaikan oleh Puan Hasniza bt Abu Hassan sejurus selepas rehat. Majlis bersurai pada pukul 10.30 pagi.

Agihan Duit Raya ( Sekitar Program Khatam al-Quran)