'DEMI ANAK BANGSA BERMINDA KELAS PERTAMA'









Wednesday, May 18, 2011

Kursus Kepimpinan Kokurikulum 2011

Pendaftaran peserta

Kursus Kepimpinan Kokurikulum telah dapat dilaksanakan dengan jayanya ada 13 April 2011. Kursus kepimpinan pada kali ini telah disertai oleh 63 orang murid terdiri murid-murid tahun 4, 5 dan 6 yang merupakan ahli jawatankuasa unit kokurikulum.
Tujuan menganjurkan kursus kepimpinan ini adalah untuk mendedahkan murid kepada pengurusan dan pengelolaan pelbagai aktiviti kokurikulum disamping melahirkan murid yang berkebolehan memimpin secara cekap dan bertanggungjawab terhadap semua tugasan yang telah diamanahkan.
            Pada akhir kursus ini diharapkan agar dapat memupuk semangat berdikari di kalangan murid selain mewujudkan integrasi kaum dan melahirkan murid yang mempunyai disiplin diri yang kental.
Ceramah 1 "Saya Seorang Pemimpin"
Ceramah 3 oleh Pn. Hasniza
Antara pengisian kursus ini ialah murid didedahkan dengan kaedah bagaimana untuk menjadi pemimpin menerusi slot ceramah 1 yang dikendalikan oleh Puan Nor Azina binti Sabu. Kemudian, murid didedahkan dengan pengurusan dan pengelolaan aktiviti kokurikulum menerusi slot ceramah 2 yang disampaikan oleh Puan Arizaini binti Abdullah. Slot Ceramah 3 pula dikendalikan oleh Puan Hasniza binti Abu Hassan dengan tajuk ceramah ‘Perancangan Kewangan”. 
Kursus ini bermula dengan pendaftaran murid pada pukul 7.30 pagi diikuti dengan ucapan Penolong Kanan KoKurikulum, En. Tan Eng Moo pada pukul 7.50 pagi. Majlis kemudian diteruskan dengan Ceramah 1 yang bertajuk ‘Saya Seorang Pemimpin’ oleh Puan Nor Azina Bt Sabu dan Ceramah 2 oleh Puan Arizaini bt Abdullah. Ceramah 3 pula disampaikan oleh Puan Hasniza bt Abu Hassan sejurus selepas rehat. Majlis bersurai pada pukul 10.30 pagi.

Agihan Duit Raya ( Sekitar Program Khatam al-Quran)