Kami Cemerlang UPSR 2010. Sebahagian guru dan murid-murid tahun enam yang telah berjaya meningkatkan prestasi UPSR 2010. |
Tanggal 11.11.2010 adalah hari yang mendebarkan bagi semua murid tahun enam, ibu bapa dan para guru seluruh cerok rantau di bumi Malaysia kerana keputusan UPSR 2010 akan diumumkan. Bagi murid ia adalah perintis masa depan, bagi ibu bapa ia adalah harapan, bagi guru ia suatu kepuasan dan bagi sekolah ia suatu kebanggaan jika kecemerlangan dikecapi dalam keputusan yang dikeluarkan itu.
Situasi yang sama turut melanda SK(2)TBA, debaran kencang menguasai seluruh tenaga pengajar di situ dan yang amat terasa guru yang ditugaskan mengambil keputusan tersebut iaitu Puan Azina dan Puan Nor Hidayu, apa tidaknya segala keputusan mereka akan ketahui dahulu berbanding guru lain. Tanpa diketahui rupanya guru besar, Encik Mohd Yunus Muhd Yusak lebih awal tiba untuk mengetahui keputusan tersebut dan di sini terbukti harapan menggunung beliau untuk melihat kejayaan murid-murid sekolah beliau.
Alhamdulillah, syukur akhirnya debaran guru-guru berakhir dengan perkhabaran gembira apabila dimaklumkan keputusan UPSR tahun 2010 lebih baik berbanding tahun sebelumnya dengan peningkatan sebanyak 9% kepada 76.32% dan merupakan peratusan tertinggi bagi SK(2)TBA. Dua orang pelajar mendapat 5A iaitu Izian Syafiqah binti Mohammad Rosli dan Fattin Nadirah binti Kamarulzaini....TAHNIAH!!
Secara keseluruhannya, semua murid tahun enam 2010 menunjukkan prestasi membanggakan apabila peratusan kelulusan mengalami peningkatan yang begitu baik. Oleh itu, ucapan tahniah kepada seluruh murid tahun enam kerana membanggakan sekolah, memenuhi harapan ibu bapa dan kejayaan kepada diri anda sendiri serta kepada semua guru tahniah dan tahniah kerana segala kesungguhan dan pengorbanan anda adalah ' Demi Anak Bangsa Berminda Kelas Pertama'
Tahniah..Tahniah..dan..Tahniah... SK(2)TBA BOLEEEH!!!!